Saturday, May 25, 2013

KOREA – Cara Terbaik Uruskan Sampah


 Korea dikenali oleh dunia kerana aktiviti kitar semulanya yang begitu berjaya. Terdapat artikel di Internet yang mengatakan  “Mengapa Amerika tidak mengikut cara kitar semula Korea”. Tajuknya sahaja mengambarkan bahawa cara pengurusan kitar semula di Korea amat berjaya dan perlu diikuti. Untuk berbahas mengenai kaedah yang digunakan di kedua-dua negara sama ada menghasilkan impak yang positif atau negatif kepada masyarakatnya penulis bukan orang yang sesuai. Cukup sekadar untuk berkongsi budaya masyarakat Korea yang mementingkan pengurusan sampah ini sehingga dikenali sebagai negara yang mempunyai cara pengurusan sampah terbaik.
Menara N-Seoul


Budaya yang diterapkan oleh masyarakatnya dalam pengurusan sampah dimulakan daripada peringkat teritngi sehingga sekiranya membuang sampah tidak mengikut piawan yang ditetapkan hukuman akan dikenakan. Penguatkuasaan akta ini hanya dapat direalisasikan apabila hukuman ini betul-betul dilaksanakan. Plastik yang berbeza mengikut daerah juga diwujudkan bagi membezakan sampah dari tempat-yang berbeza. Selain itu, tong sampah kitar semula juga disediakan bagi membantu pengurusan sampah ini berjalan lancar.
Selain peringkat tertinggi memainkan peranannya, golongan pelaksana malah masyarakatnya sendiri juga turut mengambil berat perihal sampah ini. Apabila kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing ternyata perkara yang dianggap sukar oleh masyarakat lain mampu dilakukan di Korea Selatan. Bagi penduduk luar yang baharu sahaja menetap di Korea dan mempunyai kejiranan warga Korea maka berhati-hatilah apabila membuang sampah. Jika, seorang makcik (ahjuma) atau pakcik (ahjussi) ataupun pekerja keselamatan di bangunan tempat tinggal memarahi anda yang sedang membuang sampah, maka jangan terkejut. Ini kerana, cara anda membuang sampah adalah salah! Mereka mempunyai prosedur pembuangan sampah mengikut plastik, tong sampah, jenis sampah dan hari pembuangan sampah. Prosedur yang telah ditetapkan itu harus diikuti oleh warganegara lain yang menetap di kawasan kejiranan tersebut.
Masyarakat Korea juga mengajar pelancong luar budaya pembuangan sampah di Korea. Jika masuk kandang kambing mengebek, masuk kandang harimau mengaum. Jadi, jika melawat ke tempat orang belajarlah cara kehidupan di sana. Pemandu pelancong mengajar pelancong agar mengasingkan sisa makanan dengan sampah daripada bungkusan makanan. Kaedahnya mudah sahaja, asingkan sisa makanan walaupun kuah sekalipun perlu diasingkan daripada polestren atau bungkusan makanan. Sisa makanan ini biasanya akan dihantar untuk proses menjadi kompos ataupun makanan haiwan. Bayangkanlah, waima pemandu pelancong sendiri turut menitik beratkan perkara ini dan mengajar kepada pelancong asing akan tanggungjawab menjaga alam sekitar.
Seoul, Korea

Pengalaman selama  enam hari berada di Korea sahaja rasanya belum cukup untuk mengupas isu ini dengan baik, namun cukup untuk belajar sesuatu mengenai pengurusan sampah ini apabila kembali ke Malaysia. Diharapkan agar pengalaman yang sedikit ini dapat dikongsi dan diaplikasikan bersama. Untuk menjadikan pengurusan sampah ini suatu budaya, istaqamah dalam pelaksanaanya amat penting. Mulakan dari diri sendiri, praktikkan kepada keluarga, saudara terdekat, jiran tetangga dan akhirnya masyarakat juga akan turut mengikutinya. Budayakanlah pengurusan sampah yang terbaik agar bumi sentiasa selamat untuk didiami. 

8 comments:

  1. salam... sya sgt tertarik membaca post saudara yg satu ini..
    utk pengetahuan saudara.. sya juga sedang merancang projek yg lebih kurang sama dengan saudara...
    ~:: untuk itu.. sya mengharapkan bantuan saudara untuk memberi sedikit panduan utk saya bagi menjayakan projek yg sya rancang ini..
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu saya cetak mengenai pengurusan sampah ini, tapi saya sudi berkongsi pandangan.
      TQ

      Delete
  2. butuh typo..haha..cetak mnde bodo..
    cetek lah siall..

    ReplyDelete
  3. bodo ingat lawak ke siallll

    ReplyDelete
  4. butuh.. die salah tulis kan!!
    x yah nak maki lah siall...

    ReplyDelete
  5. babi bepop kau lah siallll

    ReplyDelete
  6. betapa bahasa itu melambangkan bangsa...menunjukkn betapa teruknya budi bahasa bangsa melayu yg semakin layu

    ReplyDelete
  7. betapa bahasa itu melambangkan bangsa...menunjukkn betapa teruknya budi bahasa bangsa melayu yg semakin layu

    ReplyDelete