Setiap lawatan yang aku pergi, aku akan cuba utk buat sedikit ulasan.
Ulasan yang aku buat ini bukan untuk mengutuk tapi untuk penambahbaikan.
Secara keseluruhannya dengan tiket bayaran sebanyak RM25 utk dewasa, rasanya tempoh lawatan dan pengalaman yang diperolehi amat berbaloi. aku berpuas hati dengan panorama menarik yang dapat dinikmati sepanjang tempoh lawatan ini. Terbaik!
Cuma, aku nak komen sedikit semasa sesi taklimat oleh petugas lawatan ini. Aku agak sedih kerana sesi taklimat diberikan dalam Bahasa Inggeris bukan dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Walaupun, pengunjung tempatan hanya 2 orang bagi aku kita perlu menunjukkan betapa sayangnya dan bangganya kita terhadap bahasa kita. Bayangkanlah, sekiranya rakyat tempatan yang datang itu tidak tahu langsung bahasa Inggeris tidakkah kita menidakkan hak rakyat tempatan untuk mendapatkan maklumat?
Aku pernah berkunjung ke negara luar, dan betapa bangganya mereka dengan bahasa ibunda mereka. Mereka memberikan taklimat dalam bahasa kebangsaan dan sedikit taklimat dalam bahasa Inggeris (utk pengunjung luar).
Mungkinkah, ini sebabnya orang Malaysia (terutama orang luar bandar) tidak mahu berkunjung ke tempat-tempat (yang dikatakan high class apabila banyak bahasa Inggeris digunakan) sebegini? Mereka merasakan mereka tidak dialukan. Ya, dan aku memang merasakan aku seperti tidak dialu-alukan kerana sesi lawatan ini lebih kepada pengunjung luar.
Mohon penambahbaikan!
No comments:
Post a Comment