Sebagai rakyat Malaysia, adakah anda telah melawat Menara
KL, Planeterium Negara, Menara Berkembar Petronas atau Zoo Negara? Kita
sendiri sebagai rakyat Malaysia sering melupakan tempat-tempat yang sering menjadi
tumpuan pelancong luar. Bagi kita cukup sekadar membeli-belah di Suria KLCC
atau lalu sahaja di Zoo Negara atau Menara KL. Kita tidak mempunyai
keinginan untuk melawat ke tempat sebegini. Bagi yang pernah menyertai lawatan
semasa semasa persekolahan dahulu, tempat-tempat sebegini memang menjadi agenda
wajib. Tapi, setelah itu kita sendiri merasa tidak perlu untuk melawat ke
tempat sebegini atau malu untuk berkunjung bersama pelancong luar.
Sabtu yang lalu, dengan azam yang baru utk cuba mengunjungi
tempat-tempat menarik di Malaysia, aku bersama rakan telah melawat ke Menara Berkembar Petronas (Sky Bridge
Petronas Twin Tower). Bergerak seawal pagi menuju ke KLCC agar kami tidak
terlewat unutk membeli tiket. Difahamkan, hanya sejumlah tiket sahaja
diperuntukkan utk sehari. Jika kuota tiket telah habis, maka tempahan hanya
dibuka untuk keesokannya harinya.
Setelah tiba di KLCC, kami bergerak ke kaunter pertanyaan
kerana tidak tahu tempat utk membeli tiket. Jangan risau, jika anda tidak tahu
tempatnya staf di kaunter pertanyaan akan membantu anda menunjukkan arah. Kaunter
tiket terdapat di Aras Concourse, Aras Bawah Tanah Menara Berkembar KLCC.
|
Turut dipaparkan masa lawatan dan harga tiket |
Kaunter tiket dibuka bermula seawal 830 pagi dan ditutup
setelah kuota tiket pada hari tersebut habis. Masa lawatan bermula 9 pagi – 9 malam
dan dihadkan kepada 40 orang pada satu-satu masa. Tempoh lawatan selama 40
minit.
Masa berkumpul adalah 15 minit
sebelum waktu lawatan. Pengawal akan semak tiket dan MyKad sekiranya rakyat
Malaysia sebelum berikan pas lawatan. Pas lawatan berbeza warna mengikut waktu
lawatan.
Setelah berkumpul, sekali lagi
peralatan dan beg pengunjung akan diperiksa, macam suasana di lapangan terbang
pula. Ini untuk mengelakkan sebarang masalah apabila berada di tingkat atas
menara nanti. Beg sandang atau barangan yang dibawa boleh juga disimpan di
kaunter beg. Jadi, pengunjung bebas dan boleh mengambil gambar dengan mudah
tanpa menjinjing beg dan barangan yang berat.
Setelah pemeriksaan keselamatan
selesai, sesi taklimat ringkas akan diberikan. Setelah itu, kita akan dibawa
menaiki lif ke tingkat 41. Tingkat 41 merupakan jejambat menara berkembar atau dikenali
sebagai Sky Bridge berada. Kita diberikan tempoh selama 10-15 minit untuk
berada di jejambat ini. Apabila berada di jejambat ini, kita akan terasa
sedikit bergoyang. Tapi, dek kerana kagum dengan panorama di bahagian bawah
jejambat ini, kita mungkin tidak akan terasa sangat goyangannya. Pemandangan
daripada jejambat ini amat menarik. Dari sebelah kanan jejambat, kita akan
dapati pemandangan bangunan dan lalu lintas di KL. Manakala, di sebelah kiri pula,
kita akan dapati pemandangan yang menakjubkan yang telah dibentuk khusus dari
jejambat ini.
|
Pemandangan dari sebelah kanan jejambat |
|
Pemandangan dari sebelah kiri jejambat |
|
Di atas jejambat Menara Berkembar Petronas |
Setelah itu, kita akan dibawa ke lif bahagian lain pula untuk
ke tingkat menara yang lebih tinggi. Lif ini hanya untuk ke tingkat 84,85 dan 86. Kita akan dibawa ke tingkat 86. Terdapat lagi dua tingkat tertinggi di
menara ini namun tingkat tersebut hanya utk penyelengaraan.
Di tingkat ini, kita akan dideahkan dengan video interaktif serta pemandangan KL yang menakjubkan dari ketinggian ini.
|
Pemandangan KL dari tingkat 84 |
|
Video Interaktif menggunakan tiket lawatan |
|
Peta dunia lokasi kedudukan Petronas |
Setelah mencuci mata dan mendapat
maklumat mengenai Petronas, masa lawatan telah sampai ke penghujungnya. Pas
lawatan akan dipulangkan dan kita akan dibawa turun semula ke tingkat bawah. Di
tingkat bawah ini, kedai cenderamata akan menanti dan kepada yang ingin
mendapatkan cenderahati utk keluarga dan teman boleh mendapatkannya di kedai
ini. Pelbagai barangan Petronas dan cenderamata KLCC dijual di kedai ini. Beg
atau barangan yang ditinggalkan di kaunter tadi, boleh diambil di bahagian kedai
cenderamata ini. Dan anda akan melangkah ke luar dengan perasaan menakjubkan.
Satu kongsikembara yg
amat menarik. Jom, melawat Malaysia.