Sunday, October 18, 2015

Wesbeiden, Jerman

Jika berada lebih sehari di Frankfurt dan telah melawat Romer dan kawasan sekitarnya, dan tidak tahu hendak ke mana selepas itu, lawatilah bandar Wiesbaden. Wiesbaden terletak di Barat Tengah Jerman dalam kawasan Hesse dan tidak jauh dari bandar Frankfurt. Perjalanannya boleh melalui keretapi dari Stesyen utama Hauptbahnhofe, Frankfurt ke Wesbeiden yang memakan masa hampir 30 minit. 

Sepanjang 30 minit berada dalam kereta api, kita tidak akan berasa bosan kerana kita akan disajikan dengan pemandangan desa yang amat menarik. Pemandangan ini tidak dapat diperoleh di bandar Frankfurt.


Setibanya ke stesen Wesbeiden, terus berjalan keluar di pintu utama, dan terus sahaja berjalan secara terus menelusuri bangunan-bangunan yang terdapat di situ. Pelbagai reka bentuk bangunan yang unik dan klasik masih tersergam indah di sini. Kebanyakkan bangunan itu telah dijadikan sebagai restoran dan pejabat. Bangunan-bangunan ini memilikii keindahan reka bentuk yang utuh, unik dan dengan ukiran yang menarik.


No comments:

Post a Comment