Thursday, October 15, 2015

Frankfurt Buchmesse -14 Oktober 2015

Pavillion Malaysia agak sesak pada hari pertama pesta buku berlangsung. Semua penerbit sibuk berbincang dalam merancang dan mengantur strategi untuk berurus niaga dengan pempamer di pesta buku ini. Perjumpaan pertama bermula jam 10 pagi dengan setiap penerbit berpusu-pusu menuju ke booth yang telah diaturkan dan terdapat juga temu janji yang diaturkan di booth Malaysia. 

Pavillion Malaysia turut merencanakan pelbagai program menarik bagi menarik perhatian tetamu ke sini. Di pentas utama terdapat pelbagai acara menarik seperti demo masakan, pelancaran buku serta demonstrasi lukisan gambar. Bagi memartabatkan Bahasa Melayu, kebanyakan acara di Pavillion Malaysia menggunakan Bahasa Melayu. Inilah keunikan dan kekuatan Malaysia yang menarik perhatian pengunjung untuk berada di Pavillion Malaysia.



Selain itu, perbincangan urus niaga yang telah diaturkan turut berlangsung di Pavillion Malaysia. Ramai pengunjung yang datang berminat untuk bekerjasama dan mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi. Walaupun agak sesak, namun kebanyakan perbincangan dapat dijalankan dengan baik.

No comments:

Post a Comment