Pertama kali tiba di Frankfurt dan tempat yang dilawati ialah Romerberg. Romerberg merupakan tempat wajib dilawati oleh pelancong jika datang ke Frankfurt. Kawasan ini merupakan kawasan bekas pengeboman oleh pihak Inggeris pada Perang Dunia Kedua. Kini, tempat ini telah dibaik pulih dan telah dijadikan sebagai tempat pelancongan.
Kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai rekaan dan keunikan bangunannya. Di tengah-tengah kawasan ini, terdapat patung dewi keadilan. Di sekeliling kawasannya pula, dikelilingi oleh muzium, gereja dan kedai- kedai cenderamata dan kedai kopi. Jerman amat menghargai sesuatu yang bernilai terutama bahan sejarah dan tindakannya dalam mengembalikan kawasan Romer seperti sedia kala wajar diberi perhatian dan dicontohi.
No comments:
Post a Comment