Sunday, October 18, 2015

Wesbeiden, Jerman

Jika berada lebih sehari di Frankfurt dan telah melawat Romer dan kawasan sekitarnya, dan tidak tahu hendak ke mana selepas itu, lawatilah bandar Wiesbaden. Wiesbaden terletak di Barat Tengah Jerman dalam kawasan Hesse dan tidak jauh dari bandar Frankfurt. Perjalanannya boleh melalui keretapi dari Stesyen utama Hauptbahnhofe, Frankfurt ke Wesbeiden yang memakan masa hampir 30 minit. 

Sepanjang 30 minit berada dalam kereta api, kita tidak akan berasa bosan kerana kita akan disajikan dengan pemandangan desa yang amat menarik. Pemandangan ini tidak dapat diperoleh di bandar Frankfurt.


Setibanya ke stesen Wesbeiden, terus berjalan keluar di pintu utama, dan terus sahaja berjalan secara terus menelusuri bangunan-bangunan yang terdapat di situ. Pelbagai reka bentuk bangunan yang unik dan klasik masih tersergam indah di sini. Kebanyakkan bangunan itu telah dijadikan sebagai restoran dan pejabat. Bangunan-bangunan ini memilikii keindahan reka bentuk yang utuh, unik dan dengan ukiran yang menarik.


Thursday, October 15, 2015

Romer, Frankfurt

Pertama kali tiba di Frankfurt dan tempat yang dilawati ialah Romerberg. Romerberg merupakan tempat wajib dilawati oleh pelancong jika datang ke Frankfurt. Kawasan ini merupakan kawasan bekas pengeboman oleh pihak Inggeris pada Perang Dunia Kedua. Kini, tempat ini telah dibaik pulih dan telah dijadikan sebagai tempat pelancongan. 

Kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai rekaan dan keunikan bangunannya. Di tengah-tengah kawasan ini, terdapat patung dewi keadilan. Di sekeliling kawasannya pula, dikelilingi oleh muzium, gereja dan kedai- kedai cenderamata dan kedai kopi. Jerman amat menghargai sesuatu yang bernilai terutama bahan sejarah dan tindakannya dalam mengembalikan kawasan Romer seperti sedia kala wajar diberi perhatian dan dicontohi.




Frankfurt Buchmesse -14 Oktober 2015

Pavillion Malaysia agak sesak pada hari pertama pesta buku berlangsung. Semua penerbit sibuk berbincang dalam merancang dan mengantur strategi untuk berurus niaga dengan pempamer di pesta buku ini. Perjumpaan pertama bermula jam 10 pagi dengan setiap penerbit berpusu-pusu menuju ke booth yang telah diaturkan dan terdapat juga temu janji yang diaturkan di booth Malaysia. 

Pavillion Malaysia turut merencanakan pelbagai program menarik bagi menarik perhatian tetamu ke sini. Di pentas utama terdapat pelbagai acara menarik seperti demo masakan, pelancaran buku serta demonstrasi lukisan gambar. Bagi memartabatkan Bahasa Melayu, kebanyakan acara di Pavillion Malaysia menggunakan Bahasa Melayu. Inilah keunikan dan kekuatan Malaysia yang menarik perhatian pengunjung untuk berada di Pavillion Malaysia.



Selain itu, perbincangan urus niaga yang telah diaturkan turut berlangsung di Pavillion Malaysia. Ramai pengunjung yang datang berminat untuk bekerjasama dan mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi. Walaupun agak sesak, namun kebanyakan perbincangan dapat dijalankan dengan baik.

Frankfurt Buchmesse 2015 (Pesta Buku Frankfurt)

13 Oktober 2015-Frankfurt Buchmesse telah dilancarkan dengan Indonesia sebagai negara tema pada tahun 2015. Permulaan pesta buku ini agak kontroversi apabila pihak penganjur menjemput penulis kontroversi iaitu Salman Rushdie di pesta buku ini. Kawalan sekuriti juga agak ketat disebabkan perkara ini. 
Majlis pelancaran buku diadakan secara ringkas, tiada pengacara majlis, setiap panel atau tetamu terus naik ke pentas untuk memberikan ucap tama dan terdapat montaj petikan daripada penulis terkenal yang membezakan sesi untuk setiap ucap tama. Bahasa Indonesia dan Jerman digunakan dalam majlis ini dan tetamu disediakan alat bantu terjemahan bahasa dalam Bahasa Jerman, Inggeris dan Indonesia. Ringkas, padat, informasi dan menarik. Mungkin, boleh dicuba di Malaysia.


Sebelum majlis pelancaran berlangsung, para penerbit sibuk mempersiapkan binaan Pavillion masing- masing di dewan pameran. Delegasi dari Malaysia juga turut membuat persiapan di booth Malaysia di Dewan 4, A74. Tahun ini, delegasi dari Malaysia adalah yang terbesar berbanding tahun sebelumnya dan terdiri daripada penerbit universiti, buku dagangan, buku kanak-kanak, fiksyen dan umum. Antaranya seperti MAPIM (USM, USIM, UPM, UTM, UNIMAS, UTEM, UMK), DBP, ITBM, PTS, Karangkraf, Reka Cetak, Dubook Press, pelukis dan lain- lain lagi.



Thursday, October 1, 2015

You travel like Tony Wheeler

I travel like Tony Wheeler !
Tony Wheeler
You are someone who others will come to rely on for their best travel advice and information. With any luck at all, you'll eventually get bought out by the BBC, so you can retire, and then keep traveling anyway.
What type of traveler are you?
Take BootsnAll's Travel Quiz to find out.