Semasa berbengkel di Klana Beach Resort, PD milik MAINS aku sempat mencerap bulan. Cerap bulan? Ya, mencerap bulan. Pakej percuma yang disediakan oleh Hotel Klana Beach Resort apabila menginap di sini. Nasib aku agak baik ketika itu kerana balai cerap dibuka walaupun sebenarnya mereka dalam proses penyelenggaraan. Jam 10.30 malam kami ke Balai Cerap Baitu Hilal yang terletak berhadapan dengan hotel sahaja. Di sana kami perlu memanjat 4 tingkat anak tangga untuk sampai ke bahagian pencerapan (observatory). Penatnya, tapi berbaloi.
Balai cerap ini tidak dilengkapi dengan lif kerana tidak mahu sistem atau kedudukan teleskop terganggu dengan pergerakan lif. Teleskop ini agak sensitif, jadi sekiranya terdapat ganggungan atau pergerakan bimbang kedudukan yang telah ditetapkan akan berubah.
Setelah menaiki empat tingka anak tangga akhirnya kami tiba di bilik cerap. Walaupun bangunan ini mempunyai 4 tingkat namun tingkat 3 dan 4 sahaja yang digunakan untuk aktiviti cerapan. Tingkat selebihnya ialah untuk seminar atau bengkel yang digunakan oleh pihak hotel.
Bilik cerapan agak kecil dan berbentuk bulat seperti kubah yang terdapat di bumbung bangunan ini. Kami diberikan sedikit taklimat ringkas oleh ustaz zaki dan en hanafi yang bertanggungjawab dalam pengurusan balai cerap ini. Teleskop yang terdapat di balai cerap ini berharga hampir RM1.8 juta yang dibeli terus dari pakar optik Amerika iaitu Mr John. Pemasangan teleskop ini juga dibuat oleh pakar tersebut.
Kubah (dome) dibuka melalui manual kerana sistem dalam penyelenggaraan. Kubah akan bergerak menujuk ke tempat yang telah diarahkan bertepatan dengan kedudukan teleskop. Setelah itu, terdapat ruangan khas di kubah yang dibuka bagi menampakkan langit. Setelah nampak kedudukan bulan maka proses mencerap boleh dilakukan.
Kami dipesan aagr tidak memegang teleskop atau peralatan yang terdapat padanya. Ini kerana, bimbang jika kedudukan teleskop akan berubah aau berlaku kerosakan akibat kesilapan pengunjung. Bagi pengunjung yang agak rendah jangan bimbang kerana pelaras ketinggian disediakan untuk mencerap melalui teleskop tersebut. Kedudukan teleskop oleh diubah sehingga kedudukan yang paling rendah, tetapi bagi menjaga kualiti kedudukan teleskop di sini tidak diubah cuma dibanu menggunakan pelaras ketinggian. Tiada had umur dan ketinggian yang dikecualikan untuk menggunakan teleskop dan mencerap di sini. Sesiapa sahaja boleh mencerap.
Setelah en hanafi membetulkan kedudukan teleskop ke arah bulan, kami dibenarkan untuk mencerap. Inilah pertama kali aku mencerap bulan. Aku melihat bulan dengan kedududukan yang paling dekat. Setiap kawah atau keluk yang terdapat di permukaan bulan dapat dilihat dengan amat dekat dan jelas. Kami juga diberi mencerap kawasan bulan yang berbeza untuk melihat perbezaannya. Kami juga melihat permukaan yang licin tanpa kawah dan kawasan yang agak gelap di bahagian bulan. Sayangnya pada malam tersebut kami hanya dibenarkan untuk mencerap bulan. Sekiranya kami dapat mencerap planet dan bintang di langit alangkah beruntungnya.
Mungkin aku perlu melawat lagi ke sini bagi mencerap planet dan bintang pula. Tapi, pengalaman ini amat bermakna dan banyak memberi pendedahan kepada kami. Banyak perkara dan maklumat yang diperoleh semasa di Balai Cerap ini. Kepada ibu bapa berilah pendedahan kepada anak-anak anda. Tiada had umur ditetapkan untuk mencerap di balai cerap ini. Hanya bayaran RM10 dikenakan kepada pelawat balai cerap yang tidak menginap.
Teleskop untuk mencerap. |
Pintu kubah dibuka untuk mencerap. |
Bulan yang dicerap malam tersebut. |
Terdapat sistem yang mengawal pergerakan di balai cerap. |
No comments:
Post a Comment