Perjalanan selama 2 jam menggunakan pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke bandar Ho Chi Minh tidak begitu terasa dengan ditemani ipad mini. Susana sejam awal dalam penerbangan agak sibuk apabila para pramugari dan pramugara sibuk menolak troli makanan dan barangan jualan Air Asia. Makanan yang sering menjadi pilihan dalam penerbangan Air Asia ialah Nasi Lemak Pak Naseer dan Nasi Briani. Harga agak mahal tapi berbaloi iaitu RM12, jika lebih jimat tempahlah secara atas talian. Anda akan mendapat 20% diskaun daripada harga yang ditawarkan. Bagi yang belum pernah merasai kenikmatan Nasi Lemak Pak Naseer dinasihatkan cubalah sekali dalam penerbangan Air Asia. Kecur air liur!
Nasi Lemak Pak Naseer |
Menu yang terdapat dalam Penerbangan Air Asia |
Hotel Red Ruby
Dari lapangan terbang kami menggunakan bas awam utk ke hotel. Tambang bas hanya 5000 dong dan jika kita ada beg besar 5000 dong lagi akan dicaj kerana beg tersebut perlukan 1 tempat duduk tambahan. Keadaan di dalam bas agak selesa dan perjalanan memakan masa tidak sampai sejam. Apa yang menarik anda akan menikmati pemandangan bandar Vietnam dan melihat panorama yang unik di hadapan mata. Uniknya apabila melihat penduduk Vietnam melintas jalan dalam keadaan kenderaan yang bersimpang siur. Menakutkan!
Tempahan awal perlu dibuat apabila hendak mendapatkan hotel berdekatan dengan Ben Thanh Market. Harga apabila tempah atas talian lebih murah berbanding terus datang untuk mendaftar. Cuma, di sini, sama juga dengan kebanyakan negara yang mempunyai nilai mata wang yang kecil mereka akan menggunakan USD utk urus niaga dengan pelancong. Harga bilik utk dua orang satu malam ialah USD48 dan 4 orang sebilik ialah USD58. Bilik amat selesa dan kemudahan wifi juga agak laju. Walaupun kadangkala terjadi juga wifi not in range...
Jangan risau, pekerja hotel ini boleh berbahasa Melayu dengan amat baik. Apa tidaknya, majoriti penghuninya ialah orang Malaysia.
Hotel yang majoriti penghuninya orang Malaysia dan berdekatan dengan Market Ben Thanh. |
Apa yang murah?
Sebelum pergi ke vietnam aku sempat melihat-lihat blog teman-teman yg pernah ke sini. Jadi, agak tahu juga barang apa yang perlu dibeli. Jadi, aku terus sasarkan kain cotton dan beg vietnam.
Kain cotton boleh dapat dalam harga RM18-30. Kain silk dapat dalam harga RM43-60. Agak sukar utk mendapatkan telekung dan jubah di sini. Mungkin aku tidak tahu tempatnya. Tapi, bagi aku utk dapatkan telekung dn jubah di pasar malam memang banyak dan harga jauh lebih murah. Jika berkenaan kualiti aku tak pasti, tapi bagi aku kedua-dua barang hampir serupa. Telekung aku beli di kedai (tak ingat pula nama kedainya) berharga RM35 dan memang susah utk minta kurang. Di pasar malam telekung yang sama hanya dijual dengan 4 pasang RM100! Jauh bezanya kan?
Tapi, biasalah sekarang ni peniaga di Vietnam banyak yang sombong. Sebab dia orang dah tahu nilai mata wang pelancong yang datang. Harga yang diletakkan pun adalah tidak terlalu murah dengan nilai mata wang Vietnam. Contoh kain pasang cotton Vietnam telah ada nilainya di sini iaitu harga mesti tidak boleh kurang dari RM20. Paling murah pun oleh dapat dalam RM18 bagi kain pasang yang tidak banyak pilihan coraknya. Kalau kain pasang english cotton pula harga sekitar RM23. Semua kedai menawarkan harga yang hampir sama.
Tawar-menawar dengan peniaga Vietnam di Ben Thanh Market |
Mahalnya...
Hendak mencari makanan halal di vietnam agak sukar. Jadi, dengan penawaran yang terhad tetapi permintaan yang banyak tentulah harga juga akan menjadi mahal. Untuk sekali makan tengah hari kita perlu sediakan sekurang-kurangnya RM30. Harga makanan yang ditawarkan adalah dalam USD atau Dong yang ditukarkan daripada USD. Ada dua tempat makan yang selalu kami makan sebab dekat dengan hotel iaitu serai dan hijau (aku tak ingat nama). Ini resitnya....mahal kan.
Tapi, makanan memang sedap. Jadi, aku tak terlalu berkira sebab dapat makanan yang sedap. Pemilik restoran serai ini rupanya dari Malaysia. Datanglah cuba makanan di sini jika ke vietnam.
Kena tipu
Tidak disangka aku yang sentiasa berhati-hati akhirnya tertipu juga. Sedikit perkongsian untuk semua agar lebih berwaspada. Suatu malam semasa kami sibuk membeli-belah di pasar malam Benh Thanh, kami ditegur oleh seorang gadis vietnam yang manis. Malaysia, are you malaysian? Yes? Daripada sapaan tersebut perbualan kami terus berlanjutan.
Dia mengatakan di Tan Binh boleh dapat kain cotton dengan harga yang murah. Dia boleh bantu kami dengan membawa kami ke sana. Lagipun katanya ayahya pengedar t-shirt dan pakaian di ben thanh. Dia meminta nombor telefon kami di hotel dan mengatakan akan membantu kami. Dia juga minta membantunya apabila dia datang ke KL nanti. Kami juga agak wasangka juga pada mulanya. Dan disebabkan ingin juga ke Tan Binh akhirnya kami bersetuju utk mengikutinya.
Esoknya dia mengambil kami di hotel. Dia juga bertanya sama ada kami nak gunakan meter atau dia akan bantu cakap utk kurangkan harga. Pada masa yang sama kami juga cuba tanyakan harga teksi, tapi dia seperti berdalih. Walaupun dalam keadaan berwasangka tapi kami tetap mengikutinya. Apabila tiba di than binh dia meminta sebanyak 300000 dong (rm 40) seorang. Katanya untuk membayar duit teksi dan menyuruh teksi tersebut menunggu sehingga kami pulang. Walaupun agak marah dengan harga tersebut tapi kami tetap membayarnya kerana tidak mahu timbulkan masalah. Tapi, ternyata kain cotton di than binh memang agak murah berbanding banh thenh. Di sini ramai peniaga dari banh thenh yang mengambil kain dari sini. Memang berbaloi. Gadis vietnam tersebut juga turut membantu kami dalam urusan jual beli. Setelah selesai membeli belah kami ingin bergerak pulang ke hotel. Dia terus memanggil teksi. Kami ingatkan teksi yang sama. Rupanya teksi yang lain. Jadi kami terus bertanya sama ada perlu membayar lagi atau tidak. Katanya tak perlu kerana pemandu teksi yang awal sibuk jadi dia telah telefon utk menukar pemandu. Dia tidak akan ikut kami pulang kerana kedainya berada di sini. Kami percaya.
Dalam teksi kami agak sangsi kerana pemandu telah memasang meter. Walaupun begitu, kami masih bersangka baik. Sesampai sahaja di hotel, pemandu meminta kami membayar tambang. Apalagi, memang tepat sangkaan kami. Kami tertipu! Kami tertipu!
Jadi, kepada yang berniat ingin ke vietnam sendirian, jangan mudah percayakan orang yang baru kita kenali. Jadikanlah, kisah ini sebagai ikibar.
Kampung Pandan sebuah restoran disahkan Halal di bandar Ho Chi Minh yang menghidangkan pelbagai masakan tradisional
ReplyDeleteAsia dan roti canai segar. Chef utama adalah Malaysia
Lebih maklumat: www.kampungpandan.com
address: 53 Thu Khoa Huan jalan, District 1, Bandar Ho Chi Minh
Sis ada masih contact no kedai kain di Pasar Tan Bihn tu. Sana ada minimum kuantiti ke.
ReplyDelete