Perkara wajib yg aku katakan perlu lakukan semasa ke Jepun ialah naik shinkansen, atau bullet train atau keretapi peluru. Tak kisah harganya janji aku perlu naik juga walau sekali. Jadi, aku naik shinkansen ni dari Tokyo ke Kyoto. Hentian akhir aku di Osaka, jadi singgah dahulu di Kyoto sebelum ke Osaka.
Harga Shinkansen ke Kyoto dalam 13400 yen, atau lebih kurang rm 400 lebih la...tempoh perjalanan hanya 2 jam 30 minit berbanding naik bas yang memakan masa hingga 6 jam. Tapi, harga tambang berbezala. Aku ambil tiket tanpa nombor tempat duduk, jadi lebih murah. Utk tempat duduk tiada nombor coach hnya dari 1 hingga 3. Jika naik pada hari minggu, mungkin terpaksa berdiri jika tempat telah penuh. Aku pergi semasa hari bekerja, jadi selesalah duduk. Beg pun dapat kerusi.
Keadaan dalam shinkansen ni memang ala-ala dalam kapal terbang. Ruangnya memang luas, siap ada plug oleh caj telefon bimbit atau laptop lagi. Kerusi memang boleh dilaras. Perjalananya pula amat selesa.
Tapi, shinkansen ni memang laju. Kelajuannya berbeza-beza mengikut lokasi. Jika lalu di kawasan perumahan yg byk,tren dalam kelajuan yang masih boleh diambil gambar.tapi, apabila sampai di kawasan terowong atau sawah padi yang kurang kawasan perumahan, kelajuannya sehingga gambar yg diambil perlu menggunakan aperture tertentu...
Ini gambar yg diambil guna kamera ipad yg terlalu "canggih". Gambarnya memamg blur. Maknanya kelajuannya adalah maksima.
Kadangkala terasa juga pening apabila tren ini bergerak laju. Tapi, bila buat tak tahu, ok saja.
Pemandangan sepanjang perjalanan dari Tokyo ke Kyoto amat menarik; sawah padi dan kawasan perumahan yang kelihatan begitu tersusun dan kemas, kawasan perindustrian serta sungai yang terlalu jernih airnya. Di beberapa kawasan juga kelihatan kincir angin.
No comments:
Post a Comment