Wednesday, May 7, 2014

Balai Cerap, Baitul Hilal, PD

Semasa berbengkel di Klana Beach Resort, PD milik MAINS aku sempat mencerap bulan. Cerap bulan? Ya, mencerap bulan. Pakej percuma yang disediakan oleh Hotel Klana Beach Resort apabila menginap di sini. Nasib aku agak baik ketika itu kerana balai cerap dibuka walaupun sebenarnya mereka dalam proses penyelenggaraan. Jam 10.30 malam kami ke Balai Cerap Baitu Hilal yang terletak berhadapan dengan hotel sahaja. Di sana kami perlu memanjat  4 tingkat anak tangga untuk sampai ke bahagian pencerapan (observatory). Penatnya, tapi berbaloi. 
Balai cerap ini tidak dilengkapi dengan lif kerana tidak mahu sistem atau kedudukan teleskop terganggu dengan pergerakan lif. Teleskop ini agak sensitif, jadi sekiranya terdapat ganggungan atau pergerakan bimbang kedudukan yang telah ditetapkan akan berubah. 
Balai Cerap Baitul Hilal, PD

Setelah menaiki empat tingka anak tangga akhirnya kami tiba di bilik cerap. Walaupun bangunan ini mempunyai 4 tingkat namun tingkat 3 dan 4 sahaja yang digunakan untuk aktiviti cerapan. Tingkat selebihnya ialah untuk seminar atau bengkel yang digunakan oleh pihak hotel. 
Bilik cerapan agak kecil dan berbentuk bulat seperti kubah yang terdapat di bumbung bangunan ini. Kami diberikan sedikit taklimat ringkas oleh ustaz zaki dan en hanafi yang bertanggungjawab dalam pengurusan balai cerap ini. Teleskop yang terdapat di balai cerap ini berharga hampir RM1.8 juta yang dibeli terus dari pakar optik Amerika iaitu Mr John. Pemasangan teleskop ini juga dibuat oleh pakar tersebut. 

Kubah (dome) dibuka melalui manual kerana sistem dalam penyelenggaraan. Kubah akan bergerak menujuk ke tempat yang telah diarahkan bertepatan dengan kedudukan teleskop. Setelah itu, terdapat ruangan khas di kubah yang dibuka bagi menampakkan langit. Setelah nampak kedudukan bulan maka proses mencerap boleh dilakukan. 

Kami dipesan aagr tidak memegang teleskop atau peralatan yang terdapat padanya. Ini kerana, bimbang jika kedudukan teleskop akan berubah aau berlaku kerosakan akibat kesilapan pengunjung. Bagi pengunjung yang agak rendah jangan bimbang kerana pelaras ketinggian disediakan untuk mencerap melalui teleskop tersebut. Kedudukan teleskop oleh diubah sehingga kedudukan yang paling rendah, tetapi bagi menjaga kualiti kedudukan teleskop di sini tidak diubah cuma dibanu menggunakan pelaras ketinggian. Tiada had umur dan ketinggian yang dikecualikan untuk menggunakan teleskop dan mencerap di sini. Sesiapa sahaja boleh mencerap.

Setelah en hanafi membetulkan kedudukan teleskop ke arah bulan, kami dibenarkan untuk mencerap. Inilah pertama kali aku mencerap bulan. Aku melihat bulan dengan kedududukan yang paling dekat. Setiap kawah atau keluk yang terdapat di permukaan bulan dapat dilihat dengan amat dekat dan jelas. Kami juga diberi mencerap kawasan bulan yang berbeza untuk melihat perbezaannya. Kami juga melihat permukaan yang licin tanpa kawah dan kawasan yang agak gelap di bahagian bulan. Sayangnya pada malam tersebut kami hanya dibenarkan untuk mencerap bulan. Sekiranya kami dapat mencerap planet dan bintang di langit alangkah beruntungnya. 

Mungkin aku perlu melawat lagi ke sini bagi mencerap planet dan bintang pula. Tapi, pengalaman ini amat bermakna dan banyak memberi pendedahan kepada kami. Banyak perkara dan maklumat yang diperoleh semasa di Balai Cerap ini. Kepada ibu bapa berilah pendedahan kepada anak-anak anda. Tiada had umur ditetapkan untuk mencerap di balai cerap ini. Hanya bayaran RM10 dikenakan kepada pelawat balai cerap yang tidak menginap.
Teleskop untuk mencerap.

Pintu kubah dibuka untuk mencerap.

Bulan yang dicerap malam tersebut.

Terdapat sistem yang mengawal pergerakan di balai cerap.

HO CHI MINH, VIETNAM

Perjalanan selama 2 jam menggunakan pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke bandar Ho Chi Minh tidak begitu terasa dengan ditemani ipad mini. Susana sejam awal dalam penerbangan agak sibuk apabila para pramugari dan pramugara sibuk menolak troli makanan dan barangan jualan Air Asia. Makanan yang sering menjadi pilihan dalam penerbangan Air Asia ialah Nasi Lemak Pak Naseer dan Nasi Briani. Harga agak mahal tapi berbaloi iaitu RM12, jika lebih jimat tempahlah secara atas talian. Anda akan mendapat 20% diskaun daripada harga yang ditawarkan. Bagi yang belum pernah merasai kenikmatan Nasi Lemak Pak Naseer dinasihatkan cubalah sekali dalam penerbangan Air Asia. Kecur air liur!

Nasi Lemak Pak Naseer

Menu yang terdapat dalam Penerbangan Air Asia
Hotel Red Ruby
Dari lapangan terbang kami menggunakan bas awam utk ke hotel. Tambang bas hanya 5000 dong dan jika kita ada beg besar 5000 dong lagi akan dicaj kerana beg tersebut perlukan 1 tempat duduk tambahan. Keadaan di dalam bas agak selesa dan perjalanan memakan masa tidak sampai sejam. Apa yang menarik anda akan menikmati pemandangan bandar Vietnam dan melihat panorama yang unik di hadapan mata. Uniknya apabila melihat penduduk Vietnam melintas jalan dalam keadaan kenderaan yang bersimpang siur. Menakutkan! 

Tempahan awal perlu dibuat apabila hendak mendapatkan hotel berdekatan dengan Ben Thanh Market. Harga apabila tempah atas talian lebih murah berbanding terus datang untuk mendaftar. Cuma, di sini, sama juga dengan kebanyakan negara yang mempunyai nilai mata wang yang kecil mereka akan menggunakan USD utk urus niaga dengan pelancong. Harga bilik utk dua orang satu malam ialah USD48 dan 4 orang sebilik ialah USD58. Bilik amat selesa dan kemudahan wifi juga agak laju. Walaupun kadangkala terjadi juga wifi not in range...
Jangan risau, pekerja hotel ini boleh berbahasa Melayu dengan amat baik. Apa tidaknya, majoriti penghuninya ialah orang Malaysia.
Hotel yang majoriti penghuninya orang Malaysia dan berdekatan dengan Market Ben Thanh. 
Apa yang murah?
Sebelum pergi ke vietnam aku sempat melihat-lihat blog teman-teman yg pernah ke sini. Jadi, agak tahu juga barang apa yang perlu dibeli. Jadi, aku terus sasarkan kain cotton dan beg vietnam. 

Kain cotton boleh dapat dalam harga RM18-30. Kain silk dapat dalam harga RM43-60. Agak sukar utk mendapatkan telekung dan jubah di sini. Mungkin aku tidak tahu tempatnya. Tapi, bagi aku utk dapatkan telekung dn jubah di pasar malam memang banyak dan harga jauh lebih murah. Jika berkenaan kualiti aku tak pasti, tapi bagi aku kedua-dua barang hampir serupa. Telekung aku beli di kedai (tak ingat pula nama kedainya) berharga RM35 dan memang susah utk minta kurang. Di pasar malam telekung yang sama hanya dijual dengan 4 pasang RM100! Jauh bezanya kan? 

Tapi, biasalah sekarang ni peniaga di Vietnam banyak yang sombong. Sebab dia orang dah tahu nilai mata wang pelancong yang datang. Harga yang diletakkan pun adalah tidak terlalu murah dengan nilai mata wang Vietnam. Contoh kain pasang cotton Vietnam telah ada nilainya di sini iaitu harga mesti tidak boleh kurang dari RM20. Paling murah pun oleh dapat dalam RM18 bagi kain pasang yang tidak banyak pilihan coraknya. Kalau kain pasang english cotton pula harga sekitar RM23. Semua kedai menawarkan harga yang hampir sama. 



Tawar-menawar dengan peniaga Vietnam di Ben Thanh Market
Mahalnya...
Hendak mencari makanan halal di vietnam agak sukar. Jadi, dengan penawaran yang terhad tetapi permintaan yang banyak tentulah harga juga akan menjadi mahal. Untuk sekali makan tengah hari kita perlu sediakan sekurang-kurangnya RM30. Harga makanan yang ditawarkan adalah dalam USD atau Dong yang ditukarkan daripada USD. Ada dua tempat makan yang selalu kami makan sebab dekat dengan hotel iaitu serai dan hijau (aku tak ingat nama). Ini resitnya....mahal kan. 




Tapi, makanan memang sedap. Jadi, aku tak terlalu berkira sebab dapat makanan yang sedap. Pemilik restoran serai ini rupanya dari Malaysia. Datanglah cuba makanan di sini jika ke vietnam. 
Restoran Makanan Halal di Vietnam


Kena tipu

Tidak disangka aku yang sentiasa berhati-hati akhirnya tertipu juga. Sedikit perkongsian untuk semua agar lebih berwaspada. Suatu malam semasa kami sibuk membeli-belah di pasar malam Benh Thanh, kami ditegur oleh seorang gadis vietnam yang manis. Malaysia, are you malaysian? Yes? Daripada sapaan tersebut perbualan kami terus berlanjutan. 

Dia mengatakan di Tan Binh boleh dapat kain cotton dengan harga yang murah. Dia boleh bantu kami dengan membawa kami ke sana. Lagipun katanya ayahya pengedar t-shirt dan pakaian di ben thanh. Dia meminta nombor telefon kami di hotel dan mengatakan akan membantu kami. Dia juga minta membantunya apabila dia datang ke KL nanti. Kami juga agak wasangka juga pada mulanya. Dan disebabkan ingin juga ke Tan Binh akhirnya kami bersetuju utk mengikutinya. 

Esoknya dia mengambil kami di hotel. Dia juga bertanya sama ada kami nak gunakan meter atau dia akan bantu cakap utk kurangkan harga. Pada masa yang sama kami juga cuba tanyakan harga teksi, tapi dia seperti berdalih. Walaupun dalam keadaan berwasangka tapi kami tetap mengikutinya. Apabila tiba di than binh dia meminta sebanyak 300000 dong (rm 40) seorang. Katanya untuk membayar duit teksi dan menyuruh teksi tersebut menunggu sehingga kami pulang. Walaupun agak marah dengan harga tersebut tapi kami tetap membayarnya kerana tidak mahu timbulkan masalah. Tapi, ternyata kain cotton di than binh memang agak murah berbanding banh thenh. Di sini ramai peniaga dari banh thenh yang mengambil kain dari sini. Memang berbaloi. Gadis vietnam tersebut juga turut membantu kami dalam urusan jual beli. Setelah selesai membeli belah kami ingin bergerak pulang ke hotel. Dia terus memanggil teksi. Kami ingatkan teksi yang sama. Rupanya teksi yang lain. Jadi kami terus bertanya sama ada perlu membayar lagi atau tidak. Katanya tak perlu kerana pemandu teksi yang awal sibuk jadi dia telah telefon utk menukar pemandu. Dia tidak akan ikut kami pulang kerana kedainya berada di sini. Kami percaya. 

Dalam teksi kami agak sangsi kerana pemandu telah memasang meter. Walaupun begitu, kami masih bersangka baik. Sesampai sahaja di hotel, pemandu meminta kami membayar tambang. Apalagi, memang tepat sangkaan kami. Kami tertipu! Kami tertipu! 

Ini orang yang tipu kami. Hati-hati!

Jadi, kepada yang berniat ingin ke vietnam sendirian, jangan mudah percayakan orang yang baru kita kenali. Jadikanlah, kisah ini sebagai ikibar.