Wednesday, November 13, 2019

Tiga hari jelajah Kota London

Hari pertama di London terbabas tidur
Kami dibenarkan untuk mendaftar masuk ke bilik dalam jam 2 petang. Masuk bilik sahaja, bum...badan terus mendarat di atas katil. Inilah nikmatnya apabila tidak dapat berbaring lurus selama 2 hari hanya melelapkan mata di atas kerusi di dalam kapal terbang dan bas. Mana cukup...

Cadangnya petang itu selepas berehat sebentar hendak keluar meronda di kawasan sekitar. Tapi, terlajak tidur betul! Alih, alih, buka mata ja bilik dah cerah dan kat luar dah gelap. Wah...dah jam 9.30 malam. Rupa-rupanya semua orang tidak sedar dan enak tidur di atas katil. Semuanya keletihan. Punah cadangan. Tapi, kami nekad juga hendak meronda di kawasan sekitar malam tersebut. Apalagi, terus bersiap ala kadar dan kami keluar meronda. Kalau tidak, rugila datang jauh-jauh untuk tidur sahaja.

Kawasan sekitar hostel ini memang agak meriah kerana di belakang kawasan hostel memang banyak kedai makanan, mini market dan kedai cenderamata. Ha, kedai cenderamata memang wajib dilawati. Kawasan Bayswater ini memang murah barang cenderamatanya. Siap bagi harga istimewa lagi kepada orang Malaysia. Dah ada sasaran barang yang nak dibeli. Esok baru kita cari barang cenderamata. Malam ini kita cuci mata dulu.

Baru terperasan restoran masakan Melayu di bahagian tepi hostel.  Tidak sempat singgah 

Kawasan Bayswater yang mempunyai banyak kemudahan kedai makanan halal dan kedai cenderamata yang murah. 
Hari kedua: Jelajah Kota Lama London (London Old City)
Keesokannya penjelajahan kami bermula dengan lawatan ke Kota Lama London secara berjalan kaki. Inilah kawasan tumpuan pelancong yang wajib dilawati. Jelajah kami bermula di stesen keretapi Old street, di sini kami melihat keunikan dan kehebatan seni reka dan seni bina bangunan lama dan moden yang berada dalam kawasan yang sama. Bangunan lama masih dipelihara seni bina dan struktur bangunannya menjadikan bangunan ini tidak luput dek zaman dan masih digunakan sehingga kini. Alangkah ruginya jika bangunan lama ini dibiarkan dan diruntuhkan demi untuk membina struktur bangunan baharu. Inilah keistimewaan kawasan ini. Kita tidak akan berasa letih menyelusuri laluan ini kerana setiap bangunan mempunyai keistimewaan dan keunikan reka bentuk tersendiri. Termasuklah bangunan moden yang berada di kawasan ini.

Kami berjalan kaki daripada kawasan ini menuju ke London Bridge dan Tower of London, serta sempat menyinggah melawat beberapa bangunan bersejarah di sepanjang laluan kami.


Jika tidak larat berjalan, boleh juga jelajah dengan menaiki bas (Big bus atau hop on hop off bus) 

Gabungan bangunan lama dan baharu menambahkan keunikan di kawasan ini
Bergambar kenangan berhadapan monumen bersejarah

~London bridge is falling down, falling down, falling down~(nyanyi ya) 

Ini ialah London Tower bukan London Bridge

Berehat seketika setelah penat berjalan sambil menikmati roti tuna


Setelah selesai makan tengah hari bersama burung merpati di kawasan Tower of London, kami meneruskan lagi jelajah kami menyelusuri Sungai Thames. Kami menaiki tren menuju ke Big Ben (walaupun masih dalam proses pembinaan semula, tetap kena pergi sebab tempat wajib dilawati).
Big Ben yang masih dalam pembinaan semula bangunannya.

Bangunan Westminster yang turut sama masih dalam pembinaan semula.

Trafalgar Square




Eye of London; cuaca pada hari ini agak suram dengan langit diliputi awan yang agak tebal.


Hari Ketiga: Jelajah lagi dan tolak troli naik bas

Hari ini hari terakhir kami di London dan perlu mendaftar keluar dari hostel. Pagi ini kebetulan hari Rabu ada pertunjukkan pertukaran pengawal di Buckhingham Palace. Kami daftar keluar awal dan mendapatkan keizinan untuk menyimpan beg troli di dalam stor hostel. Hari ini, jelajah lagi buat kali terakhir sebelum keluar dari Kota London.
Sempat berposing di hadapan monumen di Buckhingham Palace, selepas selesai melihat pertunjukan pertukaran pengawal




No comments:

Post a Comment