Wednesday, November 13, 2019

Tiga hari jelajah Kota London

Hari pertama di London terbabas tidur
Kami dibenarkan untuk mendaftar masuk ke bilik dalam jam 2 petang. Masuk bilik sahaja, bum...badan terus mendarat di atas katil. Inilah nikmatnya apabila tidak dapat berbaring lurus selama 2 hari hanya melelapkan mata di atas kerusi di dalam kapal terbang dan bas. Mana cukup...

Cadangnya petang itu selepas berehat sebentar hendak keluar meronda di kawasan sekitar. Tapi, terlajak tidur betul! Alih, alih, buka mata ja bilik dah cerah dan kat luar dah gelap. Wah...dah jam 9.30 malam. Rupa-rupanya semua orang tidak sedar dan enak tidur di atas katil. Semuanya keletihan. Punah cadangan. Tapi, kami nekad juga hendak meronda di kawasan sekitar malam tersebut. Apalagi, terus bersiap ala kadar dan kami keluar meronda. Kalau tidak, rugila datang jauh-jauh untuk tidur sahaja.

Kawasan sekitar hostel ini memang agak meriah kerana di belakang kawasan hostel memang banyak kedai makanan, mini market dan kedai cenderamata. Ha, kedai cenderamata memang wajib dilawati. Kawasan Bayswater ini memang murah barang cenderamatanya. Siap bagi harga istimewa lagi kepada orang Malaysia. Dah ada sasaran barang yang nak dibeli. Esok baru kita cari barang cenderamata. Malam ini kita cuci mata dulu.

Baru terperasan restoran masakan Melayu di bahagian tepi hostel.  Tidak sempat singgah 

Kawasan Bayswater yang mempunyai banyak kemudahan kedai makanan halal dan kedai cenderamata yang murah. 
Hari kedua: Jelajah Kota Lama London (London Old City)
Keesokannya penjelajahan kami bermula dengan lawatan ke Kota Lama London secara berjalan kaki. Inilah kawasan tumpuan pelancong yang wajib dilawati. Jelajah kami bermula di stesen keretapi Old street, di sini kami melihat keunikan dan kehebatan seni reka dan seni bina bangunan lama dan moden yang berada dalam kawasan yang sama. Bangunan lama masih dipelihara seni bina dan struktur bangunannya menjadikan bangunan ini tidak luput dek zaman dan masih digunakan sehingga kini. Alangkah ruginya jika bangunan lama ini dibiarkan dan diruntuhkan demi untuk membina struktur bangunan baharu. Inilah keistimewaan kawasan ini. Kita tidak akan berasa letih menyelusuri laluan ini kerana setiap bangunan mempunyai keistimewaan dan keunikan reka bentuk tersendiri. Termasuklah bangunan moden yang berada di kawasan ini.

Kami berjalan kaki daripada kawasan ini menuju ke London Bridge dan Tower of London, serta sempat menyinggah melawat beberapa bangunan bersejarah di sepanjang laluan kami.


Jika tidak larat berjalan, boleh juga jelajah dengan menaiki bas (Big bus atau hop on hop off bus) 

Gabungan bangunan lama dan baharu menambahkan keunikan di kawasan ini
Bergambar kenangan berhadapan monumen bersejarah

~London bridge is falling down, falling down, falling down~(nyanyi ya) 

Ini ialah London Tower bukan London Bridge

Berehat seketika setelah penat berjalan sambil menikmati roti tuna


Setelah selesai makan tengah hari bersama burung merpati di kawasan Tower of London, kami meneruskan lagi jelajah kami menyelusuri Sungai Thames. Kami menaiki tren menuju ke Big Ben (walaupun masih dalam proses pembinaan semula, tetap kena pergi sebab tempat wajib dilawati).
Big Ben yang masih dalam pembinaan semula bangunannya.

Bangunan Westminster yang turut sama masih dalam pembinaan semula.

Trafalgar Square




Eye of London; cuaca pada hari ini agak suram dengan langit diliputi awan yang agak tebal.


Hari Ketiga: Jelajah lagi dan tolak troli naik bas

Hari ini hari terakhir kami di London dan perlu mendaftar keluar dari hostel. Pagi ini kebetulan hari Rabu ada pertunjukkan pertukaran pengawal di Buckhingham Palace. Kami daftar keluar awal dan mendapatkan keizinan untuk menyimpan beg troli di dalam stor hostel. Hari ini, jelajah lagi buat kali terakhir sebelum keluar dari Kota London.
Sempat berposing di hadapan monumen di Buckhingham Palace, selepas selesai melihat pertunjukan pertukaran pengawal




Friday, November 1, 2019

Perjalanan menuju The Greater London

Sampai di CDG airport - Bas ke London
Setibanya kami di Charles de Gaulle airport (CDG), Paris terus kami mencari tren aeroport untuk ke Terminal 3. Perjalanan ini belum sampai ke destinasinya. Kami akan meneruskan perjalanan seterusnya menuju London dengan menaiki bas di Paris. 

Kami mengambil bas Ouibus (menggunakan bla bla bas), satu-satunya bas yang boleh kami naiki pada tengah malam menuju ke London daripada kawasan CDG ini (hasil carian aku la). Bas yang ditunggu agak lewat, tapi aku telah dimaklumkan melalui e-mel kedudukan tempat duduk dalam bas nanti. Jadi, kami tidak risau.

Namun, sesampainya bas yang ditunggu, tempat duduk kami telah dipenuhi orang. Penumpang bebas untuk  duduk di mana-mana sahaja. Alahai, malangnya nasib...Hentian kami adalah yang terakhir, jadi tidak banyak tempat yang kosong. Kami terpaksa berpisah dan duduk di tempat yang kosong. Hendak mencari tempat duduk pun satu hal lagi. Tempat duduk yang kosong di sebelah penumpang diisi pula dengan beg mereka. Bila kita tanya ada orang atau adakah tempat duduk kosong, alahai...buat muka tak xsuka pula. Angkat beg pun marah-marah. Sakitnya hati! Padahal, dia tak bayar pun seat utk beg tu...

Kawasan menunggu bas 



Kesejukan menunggu bas di luar.

Feri dari Calais ke Dover
Perjalanan bas ke London ini akan menggunakan laluan feri dari Calais ke Dover. Jadi, kami akan berhenti utk pemeriksaan imigresen dahulu sebelum menaiki feri. Pemeriksaan imigresen masuk ke UK agak ketat. Kita akan ditanya pelbagai soalan dan pegawai akan meminta dokumen perjalanan pulang dan tempat penginapan utk semakan sebelum dicop kebenaran masuk. Semua dokumen yang diperlukan telah disediakan, dan proses pemeriksaan imigresen kami berjalan lancar.

Kami menaiki feri jam 450 pagi. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 30 minit. Semua penumpang perlu keluar daripada kenderaan dan berada di atas dek feri. Hanya 30 minit sebelum feri mendarat baru pintu akan dibuka dan semua penumpang boleh turun ke dek bawah untuk masuk dalam kenderaan masing-masing.

Semasa berada di atas feri, kepala aku agak pening. Kebanyakan penumpang tidur sahaja sementara menunggu feri sampai ke destinasi. Tiada pemandangan luar yang dapat dilihat kerana keadaan terlalu gelap. Waktu untuk zzz...

Akhirnya feri tiba di destinasinya. Kami turun ke dek bawah untuk menaiki bas semula. Dan perjalanan menuju ke kota London diteruskan. Hentian kami yang terakhir ialah di Stesen bas Victoria Coach. 

Akhirnya, sampai di London
Kami tiba di kota London sewal 6 pagi, dan jalan memang agak sibuk dengan kenderaan dan orang yang lalu-lalang untuk ke tempat kerja. Hampir sejam juga kami tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan akhirnya tiba juga ke Stesen Victoria Coach. 

Musibah seterusnya, ialah mencari jalan hendak ke tempat penginapan. Kami menginap di Hostel Gallery Hyde iaitu sebuah tempat penginapan berkonsepkan asrama dengan bilik berkongsi secara 4, 6 atau 8 orang. 

Kami membuka Pocket wifi untuk kawasan Eropah yang disewa daripada KLIA lagi (telah dicaj daripada tarikh diambil; padahal masih di Dubai dan tidak boleh digunakan langsung). Kami bercadang untuk menaiki bas sahaja ke tempat penginapan kerana banyak beg yang perlu dibawa bersama. Konsep stesen tren di Eropah ini hampir sama, tidak semua menyediakan kemudahan lif. Jadi, daripada nak mengangkat beg turun naik tangga lebih baik naik bas sahaja.



Cerita sedih hendak ke tempat penginapan
Kami menuggu bas di Grosvenor Garden untuk ke Gallery Hyde. Hampir 2 jam menunggu bas yang dinanti masih belum tiba. Setiap kali bas ke Oxford street yang datang. Eh...salah tempatkah? Tapi, peta menunjukkan lokasi ini. Adoi...

Tergerak untuk bertanya, kami bertanya orang yang bertugas di hentian bas berhadapan kami (bas hop on hop off). Rupa-rupanya, hentian bas untuk bas nombor 148 berada di seberang jalan. Huhu... Itulah mengharapkan sangat teknologi. Malas bertanya sesat jalan. Kan dah sesat!




Nak dijadikan cerita lagi, dah selamat naik bas, alih-alih turun di tempat yang salah. Dalam map katanya turun di Bayswater, Pochester Terrace. Masa dalam bas, dah sampai hentian Bayswater. Apalagi, terus turun. Tup, tup...salah tempat. Sepatutnya turun kat Pochester Terrace...Apalagi, berjalan kaki sambil menarik beg hampir 17 minit! Sempatla berposing-posing juga semasa berjalan tu. Nak menyenangkan hati...

Hello mak, kami tersesat jalan. huhu...

Berposing di tengah laluan pejalan kaki. Janji pemandangan cantik...

Sesampainya sahaja kami di tempat penginapan, kami tidak dibenarkan masuk lagi sebabnya waktu daftar masuk hanya bermula jam 2 petang. Kami meminta izin untuk membersihkan diri di tempat mandi dahulu dan menyimpan beg di stor. Dengan baik hatinya, petugas lelaki tersebut membenarkan kami untuk mengeluarkan barang di dapur dan menggunakan bilik mandi sebelum mendaftar masuk. Nikmatnya berjumpa dengan air.