Pencarian Chop n Steak ini bermula apabila seorang kawan teringin nak makan kembali di sana. Aku pun ke sana sekali dan ada orang bawa...Jadi, nak mencari balik tempat tersebut memang parah...Selamat ada GARMIN...
Aku cari nama Nasi Lemak Antarabangsa dan sambil tanya kawan aku yang tinggal kat sana....Setelah hampir sejam lebih jugak akhirnya sampai..
Sesampai saja kat sana, orang ramai n tempat penuh..Kami pun nekad tunggu sebab banyak masa habis di jalan...
Jadi, kami pun tunggu dan setelah menganggu masa makan orang lain -dengan berdiri di meja org yang rasa2 hendak habis makan akhirnya dapat juga tempat makan...Dan masakan istimewanya ialah Lamb chop, steak, chicken??(ada chess/sayur kat dalam ayam) Makanan memang besttttt, sos black paper memang sedap!
Aku bukan nak komen pasal MAKANAN sebab tiada sebab nak komen dengan makanan sedap dan harga yang berpatutan...TAPI: ada sedikit komen -mungkin utk penambahbaikan...
- KITA selalu terlepas pandang untuk menjaga hati pelanggan yang datang ke tempat kita. Perkara ini perlu diambil perhatian!
1- Jika tempat penuh, dan ramai pelanggan yang datang dari jauh masih hendak makan. Sediakan satu tempat untuk pelanggan yang datang ini beratur - tunggu giliran sehingga diberikan tempat.
Kelemahan- yang aku nampak di tempat ini, pelanggan sendiri yang mencari tempat dan menganggu pelanggan yang sedang menikmati makanan. (aku sendiri berbuat demikian) Jika pelanggan tidak agrresif mencari tempat, pelanggan yang datang lewat akan mendapat tempat dahulu. Sungguh tidak ADIL!
Tambah baik - rujuklah tempat makan di negara JEPUN - pelanggan perlu beratur untuk menunggu giliran mendapatkan tempat sekiranya tempat penuh... Jika pihak kedai berbuat demikian, tiada pelanggan yang akan rasa tidak adillllll! Nescaya, kedai juga akan dikategorikan sebagai kedai yg mesra pelanggan...
SAYA akui kedai ini memang dikunjungi ramai. TAPI, konsep mesra pelanggan dan keselesaan pelanggan perlu DIUTAMAKAN!!!
BERANI UNTUK BERUBAH!
No comments:
Post a Comment