Monday, October 14, 2019

Transit di Dubai

Semasa membeli tiket kapal terbang ke Paris, sahaja aku memilih penerbangan Emirates dengan tempoh transit yang melebihi 4 jam. Tujuannya agar aku dapat meninjau keluar ke kota Dubai yang sangat terkenal dengan bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj al-Khalifah. Tiket perjalanan pergi dan pulang dari KL-Dubai-Paris dibeli dengan harga RM2680. 



Antara teman yang bersama dalam perjalanan Eropah kali ini

Perjalanan bersama Emirates
Emirates memang terkenal dengan penerbangan kelas pertama dan pernah memenangi beberapa anugerah penerbangan antarabangsa. Aku bersama 3 orang teman yang juga baru pertama kali menjejakkan kaki ke Dubai menaiki air bus 380. Kapal terbang ini mampu menampung ramai orang dan mempunyai dua tingkat. Jadi, bayangkanlah betapa sibuknya anak-anak kapalnya melayani semua penumpang.

Setelah dibenarkan untuk masuk ke perut kapal, terus kami aktifkan sistem multimedianya yang mempunyai pelbagai hiburan. Siaran filem baharu terus menarik perhatian aku dan cerita Alladin yang baru sahaja keluar terus menjadi pilihan tontonan aku. Sepanjang perjalanan selama 7 jam aku terus melekat di skrin hiburan tersebut. Walaupun sekali sekala kelopak mata terkatup jua, tapi setelah sedar terus mataku kaku lagi di skrin tersebut. 

Kami disajikan dengan 2 kali hidangan iaitu roti sandwich sebagai hidangan awal dan nasi sebagai sarapan berat sebelum tiba di Dubai. 

Anak kapalnya juga terdiri daripada pelbagai negara termasuk Malaysia, Arab, India dan Perancis. 

Laluan pertukaran
Ketibaan pesawat kami disambut dengan ketibaan pesawat-pesawat lain juga pada waktu yang sama. Keadaan agak sesak namun lapangan terbang Dubai antara yang terbesar di dunia. Proses urusan pasport di kaunter berlaku dengan amat cepat dan efisien. Cuma, kawasannya terlalu besar yang membuatkan langkah kami hampir mencecah 5 ribu langkah hanya berjalan dalam kawasan lapangan terbang!


Dubai Mall dan Burj Khalifah
Hasrat utama apabila dapat keluar ke Kota Dubai hanyalah untuk melihat Burj khalifah yang sangat terkenal itu. Semasa tiba di stesen Dubai Mall, kami memilih laluan Dubai Mall dan meneruskan langkah ke sana. Perjalanan itu sendiri mengambil masa selama hampir 15 minit. Nasib baik di sepanjang laluan disediakan travelator yang memudahkan perjalanan kami. Al-maklumlah, semuanya teramat "rajin" bersenam.

Banyak juga tempat nenarik yg boleh dilawati dalam Dubai Mall ini. 

 Semua menunduk leka mencari wifi, tawaduknya...
Burj al-Khalifah daripada pemandangan Dubai Mall.  Cukuplah bergambar sahaja,  kalau nak naik kat atas itu masyukk kena banyak la...kepada yamg berkemampuan dialu-alukan


Akuarium di dalam pusat membeli belah.  Wow,  seperti melihat ke dasar lautan


The Souk antara tempat yang menarik untuk dilawati dalam Dubai mall ini.