Saturday, September 22, 2018

Pulau Pangkor

Perjalanan ke Pulau Pangkor direncanakan pada saat-saat akhir. Alhamdulillah terlaksana jua.
Perjalanan kali ini menggunakan pengangkutan awam. Dari Seremban aku menaiki bas ke TBS. Sebenarnya rancangan asal utk naik Komuter dari Seremban. Tapi, disebabkan telah dipelawa utk menaiki bas dengan hanya bayaran RM5 shj kpd pemandu aku terus menaiki bas ke TBS.

Pertama kali aku jejakkan kaki ke TBS. Memang jakun habis. TBS telah berubah kepada sebuah terminal seperti di lapang

an terbang. Terbaik! Sistem operasi, perlepasan dan ketibaan mempunyai platform masing-masing dan begitu sistematik. Pembelian tiket secara atas talian dan berpusat juga amat membantu melancarkan operasi di TBS. Tiada lagi ulat-ulat yang memancing penumpang. Aku begitu kagum!



Bas dari TBS yang sepatutnya bergerak pada jam 11.00 agak terlewat tiba. Itulah perkara yang masih tidak berubah bagi pengangkutan bas ini. Aku dah pernah menaiki bas di Jepun dan Paris yg menepati waktu perjalanannya. Diharapkan, bas Malaysia juga mampu menyaingi ketepatan waktu perlepasan ini.

Keadaan bas sangat selesa dengan kedudukan tempat duduk VIP 3 seaters. Siap dengan kemudahan pengecas usb lagi di tempat duduk. Memang memudahkan perjalanan dan selesa. Perjalanan dari TBS ke Lumut mengambil masa selama 4 jam. Bas berhenti sekali sahaja di hentian rehat dan terus meneruskan perjalanan tanpa henti sehingga tiba di Hentian Manjung sebelum Hentian Lumut.

Memandangkan kawan aku telah ada di Manjung, jadi aku terus turun di Seri Manjung sahaja. Jadi aku boleh naik feri dari Jati Marina sahaja. Jika tidak aku perlu turun di Lumut utk naik dari Jeti Lumut ke Pangkor kerana hentian bas Lumut berdekatan dengan Jeti Lumut.
Jeti Marina agak baru dan lebih selesa berbanding Jeti Lumut dan jarak perjalanan ke Pangkor juga lebih dekat. Kami tiba di Jeti Marina dan kadar bayaran yang dikenakan bagi meletak kereta ialah rm 25 untuk 1 hari. 

Tiket pergi balik ke Pangkor hanya RM14 dan pastikan kita simpan tiket tersebut untuk perjalanan balik pula nanti. Jadual feri ialah setiap 1 jam. Semasa menunggu feri kita boleh bergambar di kawasan sekitar dengan mercu tanda I love Marina dan dekorasi menarik lain yg disediakan. Memang cantik dan jangan lepaskan peluang utk bergambar.





Kami menaiki feri jam 5 petang. Setibanya di jeti pangkor, kami diserbu dengan agen penyewa kenderaan terutama motosikal. Kadar sewa memang agak mahal terutama pada hari cuti umum. Kami tidak layan agen tersebut dan terus ke kawasan parkir motosikal. Rupa-rupanya, motosikal yang banyak berada di situ Ialah untuk disewa. Kadar sewaan bukan berdasarkan hari/24 jam tetapi berdasarkan jam dan Sama seperti  hotel. Jika kita menyewa dari jam 5 pm atau tengah hari kita perlu pulangkn pada jam 1 Dgn harga RM 50. Jika tidak, setiap 1 jam dikira RM10. Sebelum bayar, pastikan periksa dulu keadaan motor. Sebab ada motor yang brek tak makan dan kerosakan lain yang membahayakan.

Setelah mendapat motor, kami terus ke tempat penginapan di Teluk Nipah. Kawasan Teluk Nipah agak jauh daripada jeti tapi kawasan ini paling meriah dan mempunyai banyak pilihan kedai makan.