Wednesday, February 1, 2017

SALJU DI KUSATSU, GUNMA

Kusatsu terletak di prefektur Gunma dan sangat terkenal dengan onsen iaitu kolam mata air panas oleh penduduk tempatan. Sebaik sahaja tiba Stesen bas Kusatsu Onsen, jangan lepaskan peluang untuk ke Yubatake yang 5 minit berjalan kaki sahaja dari stesen bas.

Selamat datang ke Kusatsu Onsen, Gunma
Yubatake yang merupakan kawasan tumpuan utama pelancong 
Kolam mata air panas 
Terdapat kolam untuk merendam kaki yang kesejukan





Kusatsu ialah sebuah pekan kecil yang mempunyai banyak onsen di sekitarnya. Ada yang perlu berbayar dan ada juga yang disdiakan secara percuma. Jangan risau, semua tempat menarik di Kusatsu dapat dicapai dengan bas 100yen yang disediakan. Setiap hentian berharga 100 yen sahaja. Jika anda bijak dan mempunyai tenaga yang kuat serta sangat suka menikmati musim salju dicadangkan anda hanya perlu menaiki bas untuk ke Sainokawara Park dan pulang ke stesen sahaja. Kawasan menarik di Kusatsu hanya berada berdekatan dengan Sainokawara Park.

Bas 100 yen boleh dinaiki di Stesen Bas Kusatsu Onsen di platform 8. Bayaran perlu dibuat dalam jumlah yang dikehendaki sahaja kerana tiada baki akan dipulangkan serta dibayar semasa hendak turun daripada bas.

Sainokawara Park
Seronoknya meredah salji. Bagi yang pertama kali merasai dan melihat salji pastikan memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian agar tidak kesejukan apabila meredah salji. Perkara wajib yang perlu dibuat jika ke tempat salji (bagi yang tak pernah merasa salji) ialah meredah timbunan salji di sepanjang laluan. Barulah terasa nikmatnya musim salji.

Perkara yang amat mengujakan apabila berada di tempat salji ialah kasut ditenggelami dengan salji.