Ini kerana setelah kita memperbaharui pasport lama, kita tidak langsung dimaklumkan untuk menyimpan pasport lama. Dan, bagi yang jarang ke luar negara mungkin tidak tahu langsung bahawa pasport lama ini masih diperlukan walaupun telah tamat tempoh! Ada yang telah membuang pasport lama tersebut juga. Jadi, bagaimana dokumen ini menjadi salah satu sebab permohonan visa kita ditolak?
Jika pihak kedutaan perlukan pasport lama sebagai pengesahan, rasanya surat pengesahan daripada Pihak Imigresen mengenai pasport yang dimiliki atau pengesahan perjalanan yang telah dilakukan oleh Imigresen sudah mencukupi. Masalahnya, dokumen itu juga tidak diterima. Mereka masih juga bertegas memerlukan pasport lama tersebut. Logiknya, jika telah hilang agak sukar utk dijumpai!
Jadi, maksudnya di sini, sampai bila2 pun kita tidak akan dapat memasuki China selagi pasport lama tersebut tidak disertakan sekali!
Kita memahami prosedur yang telah dinyatakan dan tiada masalah utk mengemukakan dokumen yg dikehendaki. Tetapi, jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan mungkin prosedur tersebut boleh dilonggarkan sedikit dengan mengemukakan surat pengesahan, sokongan atau apa2 dokumen daripada sesebuah badan berautoriti Malaysia. Terutamanya kpd pemohon yang perlu ke China atas urusan rasmi atau undangan daripada pihak sana.
Selain itu, jika pasport lama menjadi antara dokumen penting dalam permohonan visa, pihak Imigresen perlu juga menyatakan di halaman pasport agar setiap pasport yang telah tamat tempoh perlu disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.
Mudahkanlah urusan orang lain, agar Allah permudahkan urusan kita. Amin.