Saturday, December 3, 2016

Di mana nak makan di Kota Bharu?

-PK Corner 
Masakan barat, namun ada juga masakan panas ala Thai
Lamb chop dan Chicken chop antara menu popular yang sering dipesan oleh pelanggan
Kepingan daging yang banyak, cukup utk 2 orang makan
Daging lembut dan mudah dihadam
Sos yang pekat, sedap dan banyak menyaluti daging memang menyelerakan
Dihidang dalam pinggang yang besar bersama salad dan kentang
Harga RM 1900
Alamat: berdekatan cimb bank



-Sotong gelek
Menu istimewa yang boleh didapati di Kelantan
Sotong kering digelek dan dibakar serta diletakkan sedikit sos
Dimakan sebagai snek
Harga: rm2 sekeping
Alamat: berdekatan Pasar Besar SITI Khadijah

-Ais krim yang dicampur roti, manisan, pulut, jagung dan roll
Ais krim pekat, manis, sangat sedap apabila dimakan bersama pulut dan roti
Harga:RM 3
Alamat: berdekatan Pasar Besar SITI Khadijah



-sate ikan
Sate ikan yang dibakar, terasa keenakannya
Ditambah dgn sos pedas atau manis menyerlahkan lagi rasa
Harga: 4cucuk rm1.00
Alamat: berdekatan pasar besar siti khadijah


Wednesday, August 24, 2016

Susahnya mohon Visa China- prosedur baharu Ogos 2016

Bermula 11 Ogos 2016, pemohonan visa ke China perlu mengemukakan pasport lama yang telah dikeluarkan sebelum 1 Jan 2014 bersama borang pemohonan visa, pasport asal, 2 keping gambar pasport dan flight itenarary. Ramai yang gagal utk mengemukakan bersama pasport lama yang dikeluarkan sebelum 1 Jan 2014. 

Ini kerana setelah kita memperbaharui pasport lama, kita tidak langsung dimaklumkan untuk menyimpan pasport lama. Dan, bagi yang jarang ke luar negara mungkin tidak tahu langsung bahawa pasport lama ini masih diperlukan walaupun telah tamat tempoh! Ada yang telah membuang pasport lama tersebut juga. Jadi, bagaimana dokumen ini menjadi salah satu sebab permohonan visa kita ditolak? 

Jika pihak kedutaan perlukan pasport lama sebagai pengesahan, rasanya surat pengesahan daripada Pihak Imigresen mengenai pasport yang dimiliki atau pengesahan perjalanan yang telah dilakukan oleh Imigresen sudah mencukupi. Masalahnya, dokumen itu juga tidak diterima. Mereka masih juga bertegas memerlukan pasport lama tersebut. Logiknya, jika telah hilang agak sukar utk dijumpai!

Jadi, maksudnya di sini, sampai bila2 pun kita tidak akan dapat memasuki China selagi pasport lama tersebut tidak disertakan sekali! 

Kita memahami prosedur yang telah dinyatakan dan tiada masalah utk mengemukakan dokumen yg dikehendaki. Tetapi, jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan mungkin prosedur tersebut boleh dilonggarkan sedikit dengan mengemukakan surat pengesahan, sokongan atau apa2 dokumen daripada sesebuah badan berautoriti Malaysia. Terutamanya kpd pemohon yang perlu ke China atas urusan rasmi atau undangan daripada pihak sana. 

Selain itu, jika pasport lama menjadi antara dokumen penting dalam permohonan visa, pihak Imigresen perlu juga menyatakan di halaman pasport agar setiap pasport yang telah tamat tempoh perlu disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mudahkanlah urusan orang lain, agar Allah permudahkan urusan kita. Amin.