HARI PERTAMA:
KLIA2 ke Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda = 1 jam 30 minit
Lapangan terbang Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda, Banda Acheh agak kecil. Setelah tiba, kita akan menuruni anak tangga terus menuju ke kaunter imigresen. Selepas itu, bagasi akan melalui pemeriksaan sekuriti sebelum kita dibenarkan keluar.
Setelah selesai urusan tersebut kami terus disambut oleh Pak Supir dari Rumoh PMI iaitu Pak Azahari. Kami dibawa menaiki kereta Avanza yang menjadi kenderaan rasmi kami selama berada di Banda Acheh.
Kami menginap di Hotel Rumoh PMI yang maklumatnya diperoleh daripada blog-blog yang pernah menggunakan khidmat mereka. Komen yang diberikan amat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh Rumoh PMI. Jadi, kami pun mengambil hotel dan tour bersama Rumoh PMI.Ternyata perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan. Kita bebas untuk memilih tempat yang ingin dilawati dan Pak supir pula tidak lokek ilmu untuk berkongsi. Terbaik!
Antara tempat menarik yang dilawati:
Kuburan Massal Tsunami, Siron (Kuburan terbesar korban tsunami 2004)
Lampulo melihat kapal nelayan yang tersangkut
di atas atap rumah
Galeri di atas rumah tersebut yang memaparkan keadaan pasca tsunami |
HARI KEDUA: SABANG 1
Bergerak dari hotel ke Pelabuhan Ulee Lheu, untuk menyeberang ke Sabang dengan
kapal cepat Pulo Rondo yang berangkat jam 09:30. Perjalanan mengambil masa selama 45
minit. Sesampai di sana, kami disambut oleh Pak Joko iaitu bapak supir kami di Sabang.
Tempat yang dilawati:
Tempat yang dilawati:
KM 0 sebagai tempat yang
paling barat dari Indonesia, disini kita akan melihat monumen KM 0. KM Nol ialah tempat bermulanya pengiraan kilometer di Indonesia.
Namun, monumen tersebut dalam proses baik pulih.
Namun, monumen tersebut dalam proses baik pulih.
Deretan kedai di Kilometer Nol |
Pantai Iboih tempat pantainya yang indah dan sangat jernih, disini sudah
ada Buttom glass boat yang akan mengantar kita untuk melihat keindahan taman lautnya
dan juga mengelilingi Pulau Rubiah iaitu tempat pertama kali orang Indonesia transit
melakukan perjalanan ibadah haji ke Mekah. Pantai Rubiah merupakan tempat snorkeling. Namun, kami tidak berkesempatan utk ke Pantai Rubiah ;(
Tapi, pantai Iboih juga sangat cantik. Airnya amat jernih dan kita boleh nampak ikan pelbagai warna berenang-renang.
Tapi, pantai Iboih juga sangat cantik. Airnya amat jernih dan kita boleh nampak ikan pelbagai warna berenang-renang.
Kejernihan air di Pantai Iboih di waktu malam |
Air sentiasa berombak. Ikan yang bewarna-warni berenang di bawahnya. |
HARI KETIGA: SABANG 2
Berjalan-jalan di kota Sabang, Pantai
Paradiso, Sabang Hill, Sabang Fair, Pantai tapak Gajah, Sumur tiga dan Anoi
Itam.
Terus ke Balohan untuk bergerak menaiki kapal cepat ke Banda Acheh semula.
Berjalan-jalan di Banda Acheh.
Sempat menikmati jagung manis di tepi jalan. Memang manis. Harga hanya Rp5000. Tapi, ada juga peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pelancong menjual sehingga Rp7500.
Bakso bakar ternyata enak dengan harga Rp1000 sahaja.
HARI KEEMPAT: TEMPAT BERSEJARAH DAN PANTAI LAMPU'UK
Antara tempat yang dilawati:
Rumah Aceh peninggalan Belanda, Taman Putro Phang, Pinto Khof, Gunongan yang dibangun oleh Sultah Iskandar Muda untuk permaisuri Putro Phang, pantai Lhoknga, singgah di rumah Cut Nyak Dhien di Lampisang, melewati Pabrik Semen Andalas yang dulu hancur akibat tsunami.
Pantai Lampu’uk yang menjadi tempat bermulanya Tsunami semakin membangun, dengan setiap tepi pantai peniaga mendirikan wakaf untuk bersantai dan makan minum. Benteng penahan teleh dibina bagi memperlahankan ombak yang menghempas ke pantai.