KLIA 2
20 Oktober 2014 - Dari KLIA2 menaiki Air Asia ke Macau. Tiket telah ditempah setahun sebelum lagi. Kami perlu berada di KLIA2 seawal jam 4 pagi untuk memudahkan urusan masuk bagasi. Penerbangan adalah seawal jam 6.20 pagi. Jadi, subuh adalah di KLIA2.
Kebanyakan orang yang menaiki penerbangan adalah berbangsa Cina dan hanya kami bertiga dan 2 orang yang nampaknya beragama Islam dan memakai tudung. Mungkin mereka ingat kami juga akan ke Macau utk berjudi?
Perjalanan selama 4 jam 30 minit adalah lancar dan kami telah menempah nasi lemak Pak Naseer utk sarapan.
Kekenyangan dan apa lagi terus melelapkan mata.
MACAU
Pada jam 1030 pagi, kami tiba di Lapangan Terbang Macau. Daripada blog yang dibaca, cara mudah utk explore Macau dengan menaiki shuttle bas yang disediakan oleh hotel-hotel kasino di Macau. Kami pun menaiki bas Venetian ke Hotel Venetian. Bas menyediakan wifi percuma.
|
Bas penuh dengan penumpang yang ingin ke kasino. |
|
Dream of City, didalamnya terdapat Hard Rock Cafe |
|
Menara Macau |
|
Landmark Macau - gambar diambil dari bas |
HONG KONG
Setelah melawat MACAU tanpa mengeluarkan sesen pun, kami terus menuju ke Jeti untuk mendapatkan feri ke HONG KONG. Tambang sebanyak HK$ 145???.
Perjalanan feri mengambil masa hampir sejam, dan setelah tiba di HK jam telah menunjukkan jam 5. Kami hanya ada masa yang singkat untuk menunaikan solat jamak Asar-Zohor. Di sini seperti Puduraya, orang terlalu ramai. Jadi, setelah mendapatkan ruang, kami terus menunaikan solat. Alhamdulilah.
Untuk ke hotel, kami menggunakan subway sahaja. Dan pengangkutan utama kami semasa di HK ialah subway sahaja. Memang mudah.
Kami membeli kad octupas dengan harga HK$150. Tambang tren mengunakan kad Octupas lebih murah berbanding membeli tiket di mesin.
HK Hari Pertama - Disneyland
|
Tren Disneyland - khas untuk ke Disneyland sahaja. Menarikkan? |
|
Tempat wajib ambil - menandakan telah sampai ke Disneylan walaupun tidak masuk... |
|
Pintu masuk Disneyland yang tidak lepas utk dimasuki |
HK Hari Pertama- THE PEAK
|
Tiket untuk menaiki tram ke The Peak. Tiket pergi balik berharga HK$40. Macam naik Bukit Bendera. |
|
Inilah pemandangan bandar HK dari The Peak. Cantikkan? |
|
Bergambar dengan Patung Lilin Bruce Lee di Madame Tussauds, The Peak. |
HK Hari Kedua - AVENUE OF STARS
|
Di Avenue of Stars - berhadapan dengan laut dan cuacanya amat terik! Memang terik sehinggakan mata susah hendak dibuka. |
|
Bintang "pojaan". Antara tanda wajib yang perlu di "captured". |
|
Jurukamera yang baik hati. |
|
Lakonan saya OK? |