Pernahkah anda mendengar lukisan 3D? Lukisan ini mula diperkenalkan di Barat pada abad ke-16. Lukisan ini lebih dikenali sebagai lukisan jalanan kerana pelukis melukis lakaran gambar yang seakan-akan timbul ini di atas jalan pejalan kaki atau dataran. Antara bahan asas untuk melukis lakaran ini ialah menggunakan bahan separa kekal seperti kapur.
Jika sebelum ini muzium sebegini hanya terdapat di luar negara seperti di Korea, china dan beberapa negara lain. Kini, masyarakat di Malaysia tidak perlu lagi ke luar negara untuk memasuki muzium 3D ini. Hanya dengan bayaran sebanyak RM10 pengunjung boleh memasuki muzium ini di I-city, Shah Alam.
Muzium ini terletak di kawasan Red Carpet yang menempatkan pelbagai pilihan menarik seperti Muzium Lilin dan Rumah Hantu. Bangunannya sebaris dengan Muzium Lilin dan terletak di penghujung lot sekali.
Sebelum anda datang pastikan anda membawa peralatan penting iaitu kamera. Kamera tidak perlu canggih cukup jika anda membawa telefon pintar untuk mengambil gambar. Jika tidak, anda akan terlepas saat-saat keterujaan menikmati keistimewaan memasuki muzium ini. Aksi 3D dripada gambar di muzium ini hanya akan menyerlah dalam gambar. Pastikan anda tidak lupa bawa kamera!
Antara lukisan-lukisan 3D menarik untuk tatapan: