Friday, August 16, 2013

Tokyo Hari Kedua- SHIBUYA, HACHIKO

Hari Kedua di Tokyo - Selalu dengar pasal lintasan manusia di Shibuya dan cerita anjing yang setia bernama Hachiko. Jadi, kami terus ambil tren ke Shibuya.

Ini maklumat tren:
Kenkusai-tenjijo - Osaki - tukar tren laluan JR Yamanote ke Shibuya.

Terus keluar dari Shibuya, ikut signed Hachiko. Jadi, apabila dah keluar memang kita akan nampak lautan manusia menyeberang jalan. Nak ambil gambar pun kena cepat-cepat sebabnya terlampau ramai orang yang lalu-lalang.

Utk bergambar dengan Hachiko, kena cari tren hijau yang tak bergerak dan dekat dengan tren tersebut akan ternampak patung Hachiko. Patung tersebut kecil sahaja jadi memang kena pusing sedikit untuk mencari patung tersebut.

Lautan manusia sedang menunggu untuk melintas jalan

Lautan manusia..sesaknya

Hachiko

Tokyo Hari Ketiga - GINZA

Hari Ketiga, kami menuju ke Ginza. Kembara kali ini Dr Siti pun turut serta. Tabik hormat kat Dr Siti yang cergas. Lebih cergas daripada kitaorang. Lepas sahaja booth tutup, terus kami gerak menaiki tren atas ke Ginza.

Ini maklumat cara naik tren ke Ginza:

Kami naik tren swasta jadi harga mahal sedikit berbanding tren kerajaan.

Naik tren Ariake - Shimbashi - tukar tren ambil Ginza line - Ginza
(masa nak tukar tren ke Ginza ni puas kita orang cari signed, yang ada signed dalam bahasa Jepun. Alamak habisla..sapa pun tak tau baca Jepun. Akhir sekali, tanya orang...Jumpa juga)

Turun di Ginza ni, tren masuk bawah tanah. Jadi, keluar-keluar terus jumpa shopping complex yang ada jual branded perfume..Wah...kalau mak ada duit...dah borong dah...Di Ginza ni terkenal dengan barangan mewah. Kami ke sini pun hanya nak cuci mata. Nanti, kalau orang tanya dah pergi Ginza atau belum, boleh la jawab dah pergi...

Kami sampai malam, jadi tak boleh nak round satu Ginza. Landmark Jam pun tak tahu kawasan mana. Jadi, kami pusing-pusing dekat kawasan tren sahaja.

Tertarik sebab pintunya. Tidak tahu gedung ini jual barang apa.

Ini laluan yang kami ikuti. Sepanjang laluan ini boleh jumpa banyak gedung berjenama mewah. Gedung Apple pun ada di sini.

Posing Ala Model bersama Dr Siti


Wednesday, August 14, 2013

Tokyo Hari Pertama - TOKYO TOWER

Berpeluang menjejakkan kaki ke negara yang menjadi wish-list pertama aku dari remaja lagi, JEPUN. Akhirnya, aku menerima jemputan apabila ditugaskan ke sana sempena Tokyo International Book Fair 2013 (TIBF). Walaupun pergi disebabkan tugasan, namun alang-alang dah sampai ke negara orang jangan berlingkar atas katil sahaja. Jadi, lepas sahaja waktu bertugas, apa lagi panjang la langkah kaki aku..Aku beranikan diri juga utk meneroka Tokyo bersendirian bersama seorang teman. Ternyata kembara ke bumi Jepun ini mengajar banyak perkara untuk diikuti dan diteladani.

Aku ke Tokyo pada 30 Jun - 8 Julai 2013. Jadi, aku merupakan antara pemohon visa terakhir utk memasuki Jepun, sebab 1 Julai, Visa dari Malaysia tidak lagi diperlukan utk memasuki negara matahari terbit ini. Jadi, apa lagi kawan-kawan lain kali kita boleh kembara ke Jepun lagi...(Kyoto).

30 Jun 2013
Berlepas ke Tokyo menaiki pesawat MAS MH088 jam 11.30 malam.
Memakan masa selama hampir 8 jam tanpa henti.
2 kali makan (Alhamdulilah kenyang)

1 Julai 203
Tiba di Lapangan Terbang Narita jam 7.40 pagi.
Suhu agak dingin pada waktu pagi.

Sesampai di hotel, kami tidak boleh check in lagi kerana waktu check in ialah pada jam 2.00 petang. Jadi, kami terus bergegas utk ke Tokyo International of Foreign Language (TUFS) atas urusan kerja. Jadi, sepanjang di Tokyo seawal waktu tiba di hotel, terus kami menjalankan tugas iaitu amanah yang diberikan. Jadi, kembara kami hanya selepas waktu kerja sahaja..

Pemandangan dari bilik Hotel, kawasan Ariake
Tokyo Tower
Semasa hendak melawat Tokyo Tower, aku ada tanyakan petugas kaunter di hotel. Ternyata, rakyat Jepun sendiri juga agak kurang arif dengan laluan subway mereka. Mereka juga perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum menerangkan kepada kami. Jadi, dengan bahasa ayam dan itik yang membuatkan aku agak kurang faham, langkah bijak aku ambil teksi terus ke Tokyo Tower. Kami bergerak dari hotel jam 6 petang, jadi perjalanan hampir 30 minit dengan teksi ke Tokyo Tower. Jalan, memang tak sesak, tapi kereta agak banyak kerana waktu orang pulang dari pejabat. Kami dimaklumkan tambang teksi sekitar 1500 yen, jadi boleh sangat la naik teksi. Ternyata, kami tertipu....Semakin nak sampai ke Tokyo Tower, hati berdebar-debar sebab tengok di meter telah cecah hampir 3000 yen. Akhir sekali, kami membayar tambang teksi dnegan perjalanan hampir 30 minit ke Tokyo Tower sebanyak 3000 yen (RM 99!!!)



Tiket ke Tokyo Tower hanya 1420 Yen (RM46) untuk Main dan Special Obsevatory. Dibuka dari jam 9.00 pagi  hingga 9.00 malam. Rujuk http://www.tokyotower.co.jp/eng/access/index.html utk maklumat lanjut. Kami sampai di Tokyo Tower dalam 6.30 petang. Tanpa membuang masa, terus kami naik ke menara. Hentian pertama di Main Obsevatory yang ketinggian hampir 150 m. Di sini, kita dapat melihat Bandar Raya Tokyo dari pelbagai tempat. Ternyata pemandangan waktu siang dan malam memang amat berbeza. Jadi, kami amat bertuah kerana dapat melihat pemandangan waktu siang yang semakin menghampiri malam. Waktu malam, subhanallah memang cantik terutama di Special Obsevatory. Kalau bertuah dan cuaca baik, Gunung Fuji juga dapat dilihat dari sini. Tapi, kami tidak bertuah, hanya nampak garisan sahaja.

Pemandangan dari Main Obsevatory



Tulisan Braille untuk OKU - negara yang sentiasa memberi perhatian kepada OKU
Pemandangan di Special Obsevatory - waktu malam