Thursday, October 11, 2012

Kelantan Darul Naim - Tonjolkan Budaya Malaysia

Cerita dah lama...tapi baru sekarang nak aktif balik tulis blog..
Jadi, nak kongsikembara ke Kelantan pada bulan ntah bulan berapa ntahh..tapi awal tahun 2012.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Kelantan membuatkan aku begitu TERUJA. Perjalanan aku bersama kawanku (Shira, dan dua adik perkasa) menaiki MAZDA Sport Hijau agak memenatkan...MAZDA Sport walaupun nampak besar memang tak sesuai utk dinaiki oleh keluarga...Tempat duduk belakang agak sempit..Memang direka utk memecut tapi tidak sesuai utk kegunaan keluarga..Dan tidak sesuai juga utk memecut di jalan lurus Kelantan yg selalu dipenuhi dgn lori balak..
SORI yea KAWANKU bukan nak keji kerete ko..tapi saja nak kongsi kpd kawan2 yg lain..

Perjalanan ikut laluan KL-Gombak-Bentong-KB, Kelantan
 -Bertolak agak tengahari sebab bila pergi sendiri ni macam2 hal tiba2 jadik...Itu yg bertolak agak tghari...Selamat adik2 PERKASA yg bawa kereta, jadi akak2 kat belakang ni makan n tidur sajalah kerjanya...
-Singgah di Bentong, utk cari makanan...singgah di restoran/kedai makan sebelah masjid. Kalau singgah Pahang mesti kena makan ikan patin masak tempoyak...Jadi, menu itu yang diorder...Sedap!!!
-Selesai makan perjalanan diteruskan. Inilah perjalanan yg mencabar sebab semua org tak tahu nak keluar dari bentong ikut mana jadi kami pandu ikut papan tanda dan guna GPS...

LALUAN KE KELANTAN - MENCABARNYA
Selama ini aku hanya mendegar org Pantai Timur kalau balik Hari Raya selalu berbelas jam...Baru aku tahu sebabnya...Laluan yang digunakan utk ke Kelantan hanyalah jalan lurus dan kecil dan laluan tersebut juga dilalui oleh lori-lori balak yg banyak.......

Wah...ini yang katanya rugi beli kereta boleh pecut sebab di jalan ini, jarum meter hanya boleh pergi sehingga 60 shj...Yg duduk di belakang mulala sakit pinggang...aku yang tidak biasa dgn keadaan ini sentiasa bertanya, bila kita nak sampai? Jauh lagi ka? Dah dekat ka? Berapa km lagi?...

Paling sakit hati apabila kerete megekor belakang lori balak...Alamatnya...kena tunggu laluan sebelah kosong baru boleh memecut..
Sepanjang laluan tersebut, kami tempuhi 3 kemalangan...Patutla..kerana laluan yang sebegitu memungkinkan pemandu memotong barisan dan tidak sempat utk masuk kembali ke laluan asal...dan leran sikap manusia yg tidak tahu bersabar..(Apa-apa pun , mungkin pemandu tersebut punya alasan tersendiri)

Singgah di stesen minyak bagi mengisi minyak dan solat jamak...Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke Kb pada jam 7 malam...Ketibaan kami disambut dengan rintikan hujan. Mungkin mengalu-alukan kedatangan kami dgn cuace yg sebegitu memandangkan perjalanan kami yg sedikit mencabar sebelum itu...

Akhirnya, setelah beberapa jam, 9 jam rasanya..kami pun tiba di bumi KELANTAN...
Dan aku nekad, lain kali nak ke Kelantan aku hanya akan naiki kapal terbang sahaja.....(jika tambang murah)