Mencari makanan sedap di Nilai?
Ini jawapannya...(SESEDAP MULUT AKU LA...)
1. Restoran Aunti Aini's - pertama kali menjejak kaki ke sini, aku diperkenalkan oleh seorang kawan sekerja...Makanan Sedap, Harga Mahal sedikit (tapi masih berpatutan), tempat makan seperti di dalam taman.Memang bestlaaa..
Ini cadangan makanan yg harus dicuba:
- Masak lemak tempoyak dan cili api..pergghhh i like
- Ayam goreng kampung
- Sambal belacan
- Asam pedas pun ada (tapi aku kurengg sikit la asam pedas ni)
- Western pun ok (sos black paper best)
2. Ayam Golek Dara -kedai ni jalan-jalan cari makan pernah datang. Harga nasi lemak ayam dara pun dah naik kuatkuasa Mac 2011 rasanya...Harga terkini antara RM 4 - 4.50 (dah tak ingat dah..maklumlah lama tak makan kat situ)
Makanan harus dicuba:
- Nasi lemak ayam dara la...nasi lemaknya memang berlemak dan lembut
- Sate pun ok
- Char koew teow okla...(sebab aku pernah makan yg best di Penang, so bolehla..)
3. Gerai makanan di Nilai 3 (dekat dengan Sup Berdegung) - sesiapa sahaja yang nak merasai masakan lemak n9, perlu makan di sini. Kalau dah singgah di Nilai 3 jangan lupa singgah di sini.
Harga berpatutan. Cadangan makanan:
-Semua makanan yang dihidangkan sedap, terasa, terangkat, pedas dan pergggggh...(aku suka sambal pelam/mangga, sambal tempoyak, masak lemak)
- Sup berdegung
Ini antara yang aku suka pergi makan.
SEDAP! BERBALOI-BALOI! BOLEH DIKONGSI!